fadzila-azni.com
  • Home
  • Research
  • Publications
  • Teaching
  • Supervision
  • Blog
  • Contact
LAKARAN HATI

TINTA TAK BERTAMBAT

HAI 2025; BYE 2025

12/23/2025

0 Comments

 

Lama sungguh tidak menukilkan apa-apa di dada blog ini. Sedar-sedar sudah hampir 5 setengah tahun berlalu sejak kali terakhir bertinta di sini. Nak dikatakan sibuk sangat, mungkin tidak. Kurang pasti apa yang menyebabkan terhenti tinta seketika. Namun, maaf diri. Blog ini menjadi sungguh berdebu, sangat bersawang. Harapan selepas ini, mungkin akan cuba bersitiqamah menulis. Moga niat ini terlaksana insyaa-Allah

2025 seperti tahun-tahun lain yang berlalu. Ada suka, ada duka. Ada tenang, ada galau. Namun Alhamdulillah 'ala kulli hal, semuanya ditempuh dan berlalu mengikut kehendak-Nya. Suatu yang sangat signifikan untuk tahun 2025 ini ialah 'taktik' dan 'strategi' menghadapi kesihatan kulit. Ya, klise bukan. Saya akan berkisah panjang lebar tentang ini dalam post berikutnya. Sekarang tuntutan tugas sedang memanggil.
Auf Wiedersehen.

Picture
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    Insan ini

    Fadzila Azni Ahmad merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan awal di SRK Convent Bukit Nanas (2), Kuala Lumpur serta pendidikan menengah di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan. 

    Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Perakaunan) dan Sarjana Sains Kemasyarakatan (Ekonomi Islam) dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Ijazah Doktor Falsafah beliau diperoleh menerusi tesis beliau yang bertajuk Kaedah Pengurusan Institusi-Institusi Pembangunan Berteraskan Islam di Malaysia juga dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. 

    Bidang penyelidikan dan pengajaran beliau ialah Pengurusan Islam, Pengurusan Kualiti, Pengurusan Insan, Pengurusan Institusi Islam, Pengurusan Pembangunan Berteraskan Islam dan Epistemologi Islam. Beliau kini berkhidmat sebagai Profesor Madya di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia.

    Archives

    December 2025
    March 2020
    January 2020

    Archives by Post
    • Permulaan kalam
    • Ini bukan kes 'Biru Mata Hitamku'
    • Bila benci dan dendam menguasai
    • Bila ingin putus asa, Bila terasa mahu gagal
    • Penyejuk mata ratu hati
    • Catatan Spondy 1
    • Catatan Spondy 2
    • Catatan Spondy 3

    Categories

    All

    RSS Feed

Site powered by Weebly. Managed by Exabytes.my - Malaysia
  • Home
  • Research
  • Publications
  • Teaching
  • Supervision
  • Blog
  • Contact