fadzila-azni.com
  • Home
  • Research
  • Publications
  • Teaching
  • Supervision
  • Blog
  • Contact
LAKARAN HATI

TINTA TAK BERTAMBAT

PERMULAAN KALAM

1/28/2020

0 Comments

 
Assalamu'alaikum wrh wb. Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Walau ini posting yang pertama di platform ini, jujurnya saya sendiri telah memulakan begitu banyak blog. Sehinggakan saya sendiri tidak tercatat segala blog yang sudah dimulakan. Seringnya blog tersebut di-terbengkalaikan - tanpa niat pun. Melihat kepada hakikat ini, mengapakah masih perlu memulakan blog yang lain, yang baharu pula? Mungkin kerana ingin berhijrah; mungkin kerana mengambil peluang daripada platform website yang sudah diadakan untuk melangsaikan sebahagian keperluan tugas formal; mungkin kerana semangat baru tahun 2020; dan macam-macam mungkin lagi yang saya boleh ciptakan. Apapun, selaras dengan blog ini di-intim-kan dengan laman web yang berformatkan portfolio, maka tentunya dan diharapkan penulisan dalam blog ini biarlah yang selari dengan kandungan laman web fadzila-azni.com ini, insyaa-Allah. Jadi, harapnya tercetus banyak yang baik-baik daripada tinta tidak bertambat ini insyaa-Allah. Itulah cita-citanya. Itulah niatnya. Doakan!
Picture
0 Comments

Your comment will be posted after it is approved.


Leave a Reply.

    Insan ini

    Fadzila Azni Ahmad merupakan anak kelahiran Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan awal di SRK Convent Bukit Nanas (2), Kuala Lumpur serta pendidikan menengah di Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan. 

    Beliau telah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Perakaunan) dan Sarjana Sains Kemasyarakatan (Ekonomi Islam) dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Ijazah Doktor Falsafah beliau diperoleh menerusi tesis beliau yang bertajuk Kaedah Pengurusan Institusi-Institusi Pembangunan Berteraskan Islam di Malaysia juga dari Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. 

    Bidang penyelidikan dan pengajaran beliau ialah Pengurusan Islam, Pengurusan Kualiti, Pengurusan Insan, Pengurusan Institusi Islam, Pengurusan Pembangunan Berteraskan Islam dan Epistemologi Islam. Beliau kini berkhidmat sebagai Profesor Madya di Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV), Universiti Sains Malaysia.

    Archives

    March 2020
    January 2020

    Archives by Post
    • Permulaan kalam
    • Ini bukan kes 'Biru Mata Hitamku'
    • Bila benci dan dendam menguasai
    • Bila ingin putus asa, Bila terasa mahu gagal
    • Penyejuk mata ratu hati
    • Catatan Spondy 1
    • Catatan Spondy 2
    • Catatan Spondy 3

    Categories

    All

    RSS Feed

Site powered by Weebly. Managed by Exabytes.my - Malaysia
  • Home
  • Research
  • Publications
  • Teaching
  • Supervision
  • Blog
  • Contact